Biografi Tuan Guru Haron Din

Nama Penuh :

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din

Keturunan :

Melayu

Dilahirkan di :

Bohor Mali, Kangar, Perlis.

Dilahirkan pada :

Hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359

Pendidikan :

  • Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
  • Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
  • Sijil Tertinggi Kolej – Kolej Islam Malaya (1962-1965)
  • Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah – University Al-Azhar (1966-1968)
  • Diploma Pendidikan – ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
  • Ph.D Syariah – Universiti Darul – Ulum Qahirah (1972-1974)

Kerjaya :

  • Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
  • Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
  • Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
  • Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
  • Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
  • Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
  • Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
  • Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
  • Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
  • Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

Kepakaran/bidang :

  • Beliau merupakan pengamal perubatan Islam
  • Selalu menyampaikan ceramah di masjid-masjid berkaitan tauhid, fekah

Keluarga :

Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan lima orang anak, dua orang anak lelaki dan tiga perempuan.

Beliau adalah anak yang ketiga daripada sepuluh orang adik beradik. Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan.

Dua orang adik-beradik lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din.

Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam.

Sumbangan :

  • Pengasas Darul Syifa
  • Mengarang buku-buku perubatan Islam untuk panduan umum
  • Pendakwah
  • Pelopor rawatan secara Islam di Malaysia

(sumber : http://www.darussyifa.org/biodata.php)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s