Gambaran Umum Ajaran Syiah

Apa itu Syiah?

Syiah (شيعة Syi’aṯ) ialah salah satu mazhab terbesar dalam Islam selepas Sunni. Muslim Syi’ah mengikuti Islam tidak sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya kerana menolak hadis yang berlawanan dengan kepercayaan mereka. Syi’ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Uthman ibn Affan malah sebahagian mereka menghina para Khulafa’Ar-Rasyidin yang merupakan sahabat Rasulullah S.A.W ini seperti juga Sunni menolak Imam Syi’ah. Bentuk tunggal dari Syi’ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali. Tetapi Ali bin Abi Talib dan para Ahlul Bait sendiri telah menolak kepercayaan Syi’ah dan menyatakan mereka sebagai kafir. Kebanyakan Sunni Islam mengatakan bahawa Mahzab Syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana fahaman ini mendakwa bahawa Ali iaitu sepupu Rasulullah sepatutnya menjadi khalifah selepas kewafatan Baginda, dan bukannya Abu Bakar.

Adakah Syiah itu sesat?

Anda boleh nilaikan sendiri samada Syiah itu sesat ataupun tidak.

Amalan/kepercayaan Syiah yang menyesatkan :

  • Menghalalkan Nikah Mut’ah/ nikah kontrak/ seks bebas
  • Mengakui para Imam Syiah adalah maksum dan melebihi darjat para Rasul
  • Mengaku mempunyai perbendaharaan ilmu Allah SWT
  • Para imam Syiah boleh memilih tarikh ajal
  • Menunaikan solat dengan jama’ sekali gus

Anda boleh rujuk sini untuk mengetahui amalan sesat Syiah yang lain

Syiah menghalalkan seks bebas

 

Syiah mendustakan Nabi SAW

 

 

Aliran

Aliran Syiah Islam berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja’fariyyah (اثنا عشرية iṯnāʿašariyya) yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Golongan Syiah yang kecil lain termasuklah al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyah, Imamiyyah, al-Ghulat, Ismailiyah, dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah danDuruzi juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh Syiah lain. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah. Dua puluh peratus dari penduduk Turki mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan Syria pula mempunyai bilangan besar golongan Duruzi dan Alawi.

Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan Keturunannya menjadi pemimpin umat Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.

Pergerakkan Hizbullah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua Belas.

Di Malaysia, aliran ini tidak dibenarkan melakukan ritual harian dan ditolak fahaman mereka oleh Majlis Fatwa Malaysia. Golongan Syiah telah melakukan beberapa dialog dengan pihak Ahlul Sunnah di seluruh dunia termasuk Malaysia namun tiada sebarang pindaan undang-undang yang dilakukan bagi menghalalkan pergerakkan atau penyebaran fahaman mereka.

Sumber gambar : rakan fb

 

Leave a comment