Islam Liberal. Barah yang membunuh ummah

Di zaman mutaakhirin yang dipenuh dengan cabaran ideologi dan globalisasi ini, pemikiran manusia berkembang seiring dengan pembangunan dan peradaban dunia moden. Walaupun ianya tidak bertentangan dengan agama,namun pemikiran manusia yang sentiasa berubah-ubah ini sentiasa mencari sesuatu isu yang berkaitan kehidupan dan aliran pemikiran kontemporari yang menisbahkan alirannya kepada islam.

            Islam adalah yang diwahyukan Allah kepada Rasul-Nya,baik yang terkandung di dalam al-Quran maupun dalam Sunnah.Di Al-Quran dan As-Sunnah menjadi sumber rujukan utama dalam segenap lapangan aspek kehidupan manusia,baik dari segi muamalah,perundangan,pentadbiran,sosial dan lain-lain lagi.
Di samping itu,terdapatnya juga Ijmak dan juga Qias sebagai sumber rujukan selepas Al-Quran dan As-Sunnah

            Namun begitu, pencabulan terhadap Islam sejak zaman berzaman telah berlaku beberapa kalinya. Islam sudah bertapak semenjak nabi Adam a.s sehinggalah kini. Setelah itu kitab undang-undang iaitu Taurat telah diturunkan kepada Nabi Musa untuk Bani Israel. Setelah beberapa kurun kemudian, Taurat telah berubah dan ditafsirkan mengikut hawa nafsu manusia. Setelah itu kitab Injil diturunkan bagi “membetulkan” kembali ajaran Nabi Musa. Tetapi ianya juga diubah setelah 800 tahun berlalu. Ianya ditulis kembali oleh Paulus Kristus (St. Paul) yang tidak tahu dari mana dia mendapatkan bahan untuk menulis kitab tersebut.

            Setelah itu muncul nabi akhir zaman yang muncul di Mekah yang padanya di wahyukan al-Quran pula sebagai kitab suci yang terakhir. Setelah kewafatan beliau, umat Islam berpecah menjadi beberapa kelompok dan terus berpecah sehingga menjadikan banyak ideologi-ideologi baru dalam Islam. Antara ideologi yang boleh menyesatkan pemikiran umat Islam adalah Islam Liberal.

            Kelompok ini sudah lama wujud sejak kurun-kurun awal Islam dan bergiat aktif sehinggalah ke hari ini. Nama gelaran yang paling popular sejak awal-awal kebangkitannya adalah Muktazilah, akan tetapi di zaman modern ini, nama kelompok ini mungkin berbeza-beza tetapi manhaj dan cara pemikirannya sama. Antara nama yang masyhur digunakan dimasa kini adalah Islam Moden, Islam Pembaharuan, Islam Bebas dan nama yang paling masyhur di nusantara ini adalah Islam Liberal. Sekalipun mereka tidak mengidentitikan diri mereka sebagai beraliran Islam Liberal, kita tetap dapat mengenali mereka berdasarkan pemikiran dan manhajnya.
Apa Itu Islam Liberal

            Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan perkataan Liberal sebagai bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (contohnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), berfahaman bebas, bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong pada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya)

            Melihat kepada definisi di atas, Islam sememangnya adalah sebuah agama yang bersifat liberal. Ia membebaskan manusia dari segala bentuk kezaliman, penindasan dan belenggu penyembahan sesama makhluk. Islam juga mempunyai dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagimana ianya tidak bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah.

            Lalu, yang dikehendaki dengan gelaran aliran Islam Liberal adalah dengan penambahan liberal kepada Islam yang sememangnya sudah liberal. Ertinya aliran ini mengkehendaki ciri-ciri keterbukaan yang lebih luas daripada apa yang sedia ada dalam Syariat Islam yang asli dan tulen.

Lahirnya Islam Liberal

            Dua fenomena yang mempengaruhi psikologi Umat Islam.

1.      Fenomena penjajahan atau kolonialisme oleh Negara-negara Barat keatas hampir seluruh dunia Islam
2.      Ketinggalan dari sudut Sains dan teknologi berbanding Negara-negara Barat.

Apabila berhadapan dengan dua fenomena diatas, sikap umat Islam dibahagikan kepada empat:
1.      Merasa putus asa secara keseluruhan dan diam menerimanya sebagai satu ketentuan yang sememangnya merendah dan memundurkan mereka.

2.      Mereka berpendapat bahawa agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Harus memisahkan agama dari kehidupan bagi mencapai kemajuan. (sekularisme)

3.      Mereka juga berpendapat bahawa agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Namun untuk menyelesaikan faktor penghalang ini, mereka berpendapat bahawa caranya dakag membuka dan membebaskan agama dari ajaran dan tafsirannya yang sekian lama telah menjadi pegangan umat. Kelemahan dan kemunduran umat Islam inilah dianggap berpunca dari belenggu kejumudan umat dalam menafsir dan memperaktikan agama Islam. Kumpulan ketiga inilah yang digelar sebagai aliran Islam Liberal.

4.      Kelompok terakhir adalah mereka yang mengakui akan hakikat kelemahan dan kemunduran yang dialami oleh umat. Namun hakikat ini mereka tidak mempersalahkan agama melainkan terhadap diri mereka sendiri dan umat Islam seluruhnya keraa leka daripada berpegang dan mempraktikan agama Islam yang sebenar. Oleh itu, untuk memperoleh kembali kekuatan dan kemajuan yang sebelumnya dimiliki oleh umat Islam adalah dengan mempelajari, memahami serta mempraktikan kembali sepenuhnya ajaran agama.

Manhaj Islam Liberal

1.      Tentang Agama Islam
Aliran ini berpendapat agama Islam adalah agama yang benar. Namun pada waktu yang sama, aliran ini juga berpendapat bahawa semua agama selain Islam adalah benar juga. Setiap penganut agama mendakwa hanya tuhan dan ajarannya sahajalah yang benar, itu hanyalah dakwaan yang relatif dalam konteks dia dan agamanya sahaja.

2.      Tentang al-Quran
Aliran ini membahagikan wahyu kepada dua kategori:
·         Wahyu bertulis
·         Wahyu tidak bertulis
Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ianya adalah teks semata-mata. Manakala wahyu yang tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks dan suasana zaman. Maka dengan itu, al-Quran adalah sesuatu yang hanya bersifat menerangkan tujuan-tujuan agama manakala akal manusialah yang menyesuaikannya selari dengan konteks zaman.

3.      Terhadap Rasulullah SAW
Sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasulullah SAW tidak lain hanyalah kemampuan seorang manusia untuk memimpin manusia yang lain. Oleh itu siapa sahaja yang boleh memimpin boleh mengambil alih sifat Nubuwwah seumpama Rasulullah SAW dalam memimpin manusia kearah ciri-ciri yang baik.
Adapun sunnah-sunnah baginda SAW, tanpa ragu aliran ini berpendapat ianya releven untuk masyarakat arab di zamannya sahaja, amat ketinggalan untuk dipraktikkan pada zaman ini.
Begitu juga tentang kemukjizatan Nabi SAW, aliran ini berpendapat bahawa ia hanya kisah-kisah yang direka cipta selepas kewafatan nabi yang begitu fanatik dengan kehidupan baginda SAW.

4.      Terhadap Hadis
Aliran ini memiliki beberapa manhaj terhadap hadis-hadis Rasulullah SAW, sekalipun yang termuat dalam kitab Sahih Bukhari dan sahih Muslim. Antaranya:

·         Hadis-hadis tersebut tidak berasal dari Rasulullah SAW melainkan hanya ciptaan orang-orang yang ingin menjaga dan memanfaatkan kepentingan diri mereka.

·         Hadis-hadis yang benar hanyalah bersifat mutawatir manakalah hadis-hadis ahad bersifat samar-samar dan tidak menjadi tuntutan ke atas umat yang berpegang kepadanya.

·         Hadis-hadis mutawatir sekalipun, kebenarannya hanya dalam konteks kehidupan masyarakat arab pada zaman Rasulullah SAW. Ia tidak lagi releven pada masa kini kecuali sebagai kajian sejarah peradaban pada zaman baginda.

·         Hadis tentang azab kubur, suasaha hari akhirat dan sebagainya hanyalah cerita rekaan para perawi hadis untuk member pengaruh kepada orang ramai pada zaman mereka. Sekalipun hadis-hadis ini tercatit dalam kitab-kitab sahih, pada hakikatnya ia hanyalah cerita tahyul semata-mata.

·         Mereka berpendapat bahawa kesilapan paling besar yang dilakukan oleh para imam hadis adalah mereka hanya member tumpuan pada para perawi hadis dan tidak kepada matan hadis. Seandainya mereka memerhati dan member kritik terhadap matan hadis, maka cerita-cerita tahyul sepertimana diatas tidak akan mereka masukan kedalam kitab-kitab mereka.

5.      Terhadap Ilmu-ilmu keislaman.
Aliran ini meremahkan/ merendahkan ilmu-ilmu disiplin Islam seperti usul Tafsir, Ushul Fiqh, Ushul Hadis, al-Jarh wa al-Ta’dil (Kritik Perawi Hadis). Mereka mengatakan ilmu ini adalah ilmu buatan manusia yang tidak sunyi dari pelbagai kecacatan dan kesalahan.

Atas dasar inilah, aliran ini membuka kembali perbincangan, tafsiran serta ijtihad terhadap perkara-perkara yang sudah Qat’I (muktamad/ditetapkan) kedudukannya di dalam agama. Kerana mereka menganggap bahawa perkara yang di anggap Qat’I adalah perkara yang relatif (tidak selamanya benar)

6.      Terhadap hukum-hukum Fiqh
Aliran ini memiliki kaedah ushul tersendiri apabila merujuk kepada hokum-hukum fiqh, iaitu yang diambil adalah tujuan hukum bukan bentuk hukum. Bagi mereka, tujuan hukum adalah menjaga kemaslahatan manusia. Justeru bentuk hukum boleh diubah-ubah asalkan ia dapat menjaga kemaslahatan manusia ses

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s