Tanda-tanda Kiamat

Bismillah

Kiamat Satu Pengakhiran

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya zaman ini terbahagi kepada 4 fasa semasa zaman umat Nabi Muhamad sebelum berlakunya kiamat…

1. Mengikut Rasulullah, fasa 1 bagi umat ini adalah ketika Nabi masih hidup..Zaman ini telah berlalu

2. Kemudian datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian, pada zaman ini kita dapat lihat umat Islam diperintah oleh orang Khulafa Ar Rashidin..Zaman ini juga telah berlalu

3. Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang “menggigit” ..“menggigit” dalam hadith tersebut bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan pada keturunan mereka sahaja..Pada fasa ini kita dapat lihat kerajaan Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniah berkuasa dengan menggunakan sistem monarki..Ini juga telah berlalu

4. Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela…

5. Kemudian, setelah berlakunya fasa ke 4 akan datang pula fasa ke 5..Iaitu dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam..

Selepas berakhirnya fasa ke 5 maka berlakulah Kiamat yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umatnya…

Gambar hiasan

Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa 4 yakni sekarang ini akan kedatangan satu FITNAH, fitnah yang paling besar dalam ketamadunan manusia iaitu fitnah Al-Masih Ad-Dajjal..

Dajjal tidak akan datang pada fasa ke 5 kerana pada ketika itu kekuasaan telah berada pada tangan2 orang yang beriman, Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke 5 kerana pada ketika itu tamadun manusia telah tamat..

Hanya fasa ke 4 sahaja peluang untuk iblis laknatullah mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka dan fasa ke 4 itu adalah zaman SEKARANG!!!

Sebelum turunnya Nabi Isa dan munculnya Imam Mahdi yang akan memindahkan kita ke fasa ke 5, seterusnya mengalahkan iblis di peringkat terakhir zaman manusia..

Tanda-tanda Kiamat (kecil)

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

23. Keluarnya dajjal

Dan tanda tanda besarnya pula ialah…

* Asap,
* Dajjal,
* Binatang,
* terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
* turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
* Yakjuj dan Makjuj,
* tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
* sekali di barat dan
* yang ketiga di Semenanjung Arab
* yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka.

Sabda Rasulullah,

“Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia” (Muslim dan Tarmidzi)

(sumber : http://murabbi.net/articles.php?article_id=547)

Baca lagi tentang tanda kiamat disini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s