Kisah Benar tapi Pelik : Cukup Allah Menjadi Saksi

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw menyebutkan (direkodkan oleh al-Bukhari ; kitab al-Kafalah no 2291) seorang lelaki daripada Bani Israel telah meminta bantuan daripada kawannya agar memberinya hutang sebanyak 1000 dinar. Lalu kawannya berkata, “Bawalah beberapa orang saksi agar mereka menyaksikan hutangmu ini.”

Ia menjawab, “Cukuplah Allah sebagai saksi bagiku!” Orang itu berkata, “ Datangkanlah seseorang yang menjamin pinjamanmu.” Peminjam itu menjawab, “ Memadailah Allah SWT menjaminku.” Akhirnya kawan itu pun berkata , “Engkau benar!”

Saat Ingin membayar Hutang

Maka wang itu diberikan kepadanya dengan janji dibayar balik dalam jangka waktu yang telah ditetapkan. Setelah lama orang yang berhutang itu pun berlayar untuk suatu keperluannya. Lalu apabila berlalu tempoh masa yang dijanjikan, dia mencari kapal yang dapat menghantarnya ke tempat asal untuk menjelaskan hutangnya itu, tetapi gagal.

Maka dia pun kemudian mengambil sebatang kayu lantas menebuk lubang padanya, dan dimasukkan wang 1000 dinar  di dalamnya beserta surat kepada kawan yang memberi pinjaman itu. Lalu ia meratakan kembali kayu tersebut dan memperbaiki keadaannya. Selanjutnya ia pergi ke laut lalu berkata,

Ya Allah sesungguhnya Engkau telah mengetahui bahawa aku meminjam wang daripada sahabatku sebanyak 1000 dinar. Dia meminta kepadaku seorang penjamin maka aku katakan waktu itu, “Cukuplah Allah sebagai penjamin.” Dan ia memintaku seorang saksi, maka aku katakana juga “Cukuplah Allah sebagai saksi.” Kemudian ia pun berpuas hati dan yakin dengan janji itu. Aku telah bekerja keras mencari kapal untuk mengirimkan wang kepadanya yang telah aku pinjam, tetapi aku tidak mendapat kapal untuk menghantar aku pulang. Disebabkan itu aku kirimkan wang it kepada-Mu.

Lalu ia melemparkannya ke laut dan pulang.

Sahabat yang memberi hutang itu keluar menunggu kedatangan kapal yang disangkakan membawa peminjam itu. Dia pun keluar rumah untuk melihat-melihat sekiranya ada kapal yang membawa wang untuknya. Tiba ditepi laut dia menemui sebatang kayu. Dia lalu mengambil kayu itu untuk keperluan isterinya.

 

Namun, ketika ia membelah kayu tersebut ia mendapati wang yang dipinjamkan itu beserta sepucuk surat.

 

Kembalinya Si Penghutang

Selang beberapa waktu datanglah orang yang berhutang dengan membawa wang 1000dinar  kepada sahabatnya. Beliau berkata, “Demi Allah, baru hari ini aku dapat menaiki kapal membawaku pulang setelah sekian lama ternanti-nanti rombongan untuk  aku tumpang.”

Orang yang memberinya hutang itu menjawab, “ Bukankah engkau telah mengirimkan wangitu melalui sesuatu?” Ia menjawab, “Memang aku telah memberitahu kepadamu bahawa aku tidak dapat pulang sebelum ini.”

Orang yg memberinya hutang itu berkata pula, “Sesungguhnya Allah telah menunaikan apa yang engkau kirimkan kepadaku melalui kayu. Bawalah wang 1000 dinarmu itu kembali, moga Allah melimpahimu dengan keberkatan.”

 

Himpunan kisah benar tapi Pelik oleh Dr. Zahazan Mohamed

(sumber : Buku “Himpunan kisah Pelik tapi benar m/s : 33, Oleh Dr. Hj. Zahazan Mohamed)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s