Pemikiran jumud / kolot membangkitkan kebangkitan liar

“Berbeza pendapat atau pandangan antara pelbagai golongan dalam kalangan masyarakat adalah perkara biasa. Apatah lagi dalam perkara-perkara yang sememangnya boleh diberikan pelbagai andaian dan pentafsiran. Perbezaan pandangan dalam usaha mencari keputusan yang terbaik adalah satu keperluan hidup insan. Mengikut secara membabi buta tanpa mahu berfikir dan menlai adalah punca kepada kesesatan ataupun sebab kepada kemunduran sesebuah masyarakat.

Manusia yang buruk dalam masyarakat ini adalah mereka yang menghalang pemikiran kedua, ketiga dan seterusnya
dalam perkara yang dibolehkan berbeza pendapat. Menghalang orang lain berfikir selain menurut fikiran kita adalah
permulaan menuju masyarakat jumud atau kejumudan ilmu. Bahkan, sekiranya hal itu membabitkan kuasa dan pentadbiran, ia membawa kepada pemerintahan kuku besi.”

Petikan diatas merupakan tulisan Dr. Maza dalam bukunya “travelog Minda Tajdid”.

Dalam laman twitter Dr. Maza, golongan yang disebutkan oleh Dr. maza berdasarkan petikan diatas ialah sebagai golongan “madkhali”

Madkhali bermaksud : Aliran yang sering menghukum mereka yang tidak bersependapat dengan mereka sebagai sesat.

Ulasan : Golongan ini sangat merbahaya, kerana suka mengkafir-kafirkan orang yang tidak bersependapat dengan pendapat mereka. Malah mereka merasa bahawa, pendapat mereka adalah pendapat yang paling betul. Sekiranya ada suara-suara yang bercanggah dengan mereka, maka mereka akan menghukumkan sebagai sesat. Nauzubillah.

Lebih buruk apabila pandangan ilmiah yang berbeza itu ‘diharamkan’ atas nama agama. Lalu, pihak yang menguasai urusan agama itu menghukum orang yg berbeza pendapat dengan mereka sebagai musuh agama ataupun musuh Tuhan. Padahal pendapat yang diberikan itu memenuhi piawaian ilmu dan tidak bertujuan menderhkai Tuhan.

Rosaknya sesetengah negara, termasuk negara umat Islam adalah apabila pandangan yang berbeza dihalang, malah diambil tindakan. Maka lahir sikap keras dan kejam. Berlaku ketidakadilan sehingga menyekat
perkembangan ilmu pengetahuan. Sepatutnya pandangan yang berbeza selagi memenuhi peraturan norma-norma ilmu perlu diberi ruang dan kesempatan.

Di Malaysia
Malaysia tidak berkecuali. Jangan kuasa agama itu digunakan bagi menghalang orng lain memberi pendapat. Sehingga akhirnya muncul aliran liberal yang melampau. Agama ini ditegakkan atas hujjag dan fakta. Agama bukan pendapat semberono yang diberikan lesen kepada ahli agama bagi bercakap apa-apa yang dia mahu dan dengan sesiapa yang dia mahu.

Dalam al-Quran, Allah tegaskan kepada Nabi Muhammad saw supaya mengingatkan Yahudi dan Kristian jangan melampau dalam beragama :

Katakan,”Wahai ahli kitab! Jangan kamu melampau pada agama kamu secara tidak benar, dan jangan kamu menurut hawa nafsu kaum yang sesat sebelum ini dan menyesatkan orang ramai, dan juga (sekarang) mereka tersesat (jauh)
daripada jalan yang benar.” (surah al-Maidah, ayat 77)

Nota kaki :Oleh itu, hormatilah orang yang berbeza pendapat dengan kita selagi pendapat itu tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s