Kisah Benar tapi Pelik : Pemimpin Memasak Untuk Rakyat

Aslam berkata, “Suatu hari kami keluar bersama Khalifah Umar r.a menuju ke Bandar Hurrah. Ketika kami sampai ke Shirar, kami melihat api menyala. Kemudian Khalifah Umar berkata, “Wahai Aslam! Aku melihat ada pengambara yang sedang bermalam dalam kedinginan. Mari kita ke sana.”

            Kami turun dan bergegas mendekati mereka. Ternyata mereka merupakan seorang perempuan bersama beberapa orang anaknya. Perempuan itu sedang meletakkan sebuah periuk di atas api. Kedengaran juga suara anak-anak yang sedang merintih kelaparan.

            Kemudian Umar r.a berkata, “Assalamualaikum wahai orang yang menyalakan cahaya.” Sengaja tidak mengatakan ‘menyalakan api’. Wanita tersebut menjawab salam. Dan Umar r.a berkata lagi, “Bolehkah aku masuk?” Wanita tadi menjawab, “Jika niatmu baik, silalah dan selepas ini pergilah segera.”

            Setelah mendapatkan kebenaran, Umar r.a mendekatinya dan bertanya, “Apa yang terjadi pada kalian?” Jawab wanita itu, “Kami tidak mempunyai tempat untuk bermalam dan kami dalam keadaan kesejukan.”

            Khalifah Umar bertanya lagi,

“Apakah yang telah terjadi kepada anak-anakmu? Mengapakah mereka menangis?”

“Mereka kelaparan.”

“Apa yang ada dalam periuk itu?”

“Itu hanyalah air yang aku masak untuk menenangkan mereka agar mereka menyangka ada makanan yang sedang dimasak, hingga mereka tertidur.”

“Semoga Allah memberi kasih saying kepada kalian. Apakah Khalifah Umar tidak mengatahuinya?”

“Umar memang pemimpin kami, akan tetapi dia tidak mengetahui keadaan orang seperti kami.”

            Lantas Umar berpaling ke arahku (Aslam) dan berkata, “ Mari kita pergi” Kami keluar dan bergegas menuju ke gudang penyimpanan bekalan. Khalifah Umar mengeluarkan sebuah bakul yang mengandungi gandum dan sebekas minyak samin (yang sering digunakan oleh orang Arab untuk memasak dan menambah aroma pada masakan). Lalu dia berkata, “Bawalah ini atas perintahku!”

            Aslam berkata, “ Kalau begitu, aku akan mendapat pahala daripada makanan ini.”

            Dia berkata lagi, “Engkau kira engkau akan mendapat pahala daripada perbuatan baikku pada hari Kiamat nanti? Sungguh engkautidak akan menanggung beban dosa mahupun pahala sesiapapun.”

            Setelah itu aku membawanya, dan kami pergi terus menuju ke tempat wanita itu. Kemudian dia memberikannya kepada wanita itu dan mengeluarkan sesuatu dari dalam bekas. Lalu dia berkata, “Ambillah minyak samin ini!”

            Kemudian Khalifah Umar menghidupkan api di bawah periuk sehingga asap berkepul-kepul dari celah-celah janggutnya yang lebat. Dia memasak gandum dan minyak samin itu untuk mereka. Setelah itu dia mengangkatnya dan meletakkan di atas sebuah piring seraya berkata, “Berilah anak-anakmu makan!”

            Khalifah Umar tidak berganjak sehingga memastikan mereka telah kekenyangan. Lalu wanita itu berkata, “Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan.”

            Peristiwa dan kejadian seperti itu banyak kita temui dalam sejarah hidup Khalifah Umar, lantaran jiwanya yang bergerak untuk memenuhi perintah Allah bahawa itu ialah amanah yang akan dipersoalkan selari dengan firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 72 :

            Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakan dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya kebanyakkan manusia suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

            Dalam tafsir Ibnu Kathir, suatu pandangan daripada Ibnu Abbas r.huma. Ketika Adam dipertanggungjawabkan dengan amanah itu dan selepas beliau sanggup menerimanya, Allah menjelaskan maksud amanah itu adalah sesuatu yang jika ditunaikan maka ia mendapat ganjaran. Sebaliknya jika diabaikan akan dihukum.

            Saidina Umar r.a melakukan itu kerana dia rasa tanggungjawab terhadap orang yang susah dan dizalimi. Pada masa yang sama, beliau tidak berasa teragak-agak menjatuhkan hukuman kepada yang enggan menunaikan kewajiban agama. Beliau tidak memilih kasih (berat sebelah) dalam perkara berkaitan hak-hak Allah.

Kebangkitan rakyat di Mesir krn kezaliman pemerintah

Hikmah dan pengajaran

  • Islam amat mementingkan sikap amanah terutama amanah kepimpinan.
  • Pemimpin yang baik dalam Islam ialah pemimpin yang menjalankan amanah yang disuruh oleh syariat bukannya yang menggunakan kedudukan untuk mencari kemewahan hidup.
  • Islam tidak membezakan antara pangkat keturunan pada kaca mata kemanusiaan.
  • Demi untuk menjaga kemaslahatan kemanusiaan, maka syariat Islam juga terkandung dalamnya urusan-urusan kenegaraan, kehakiman dan perundangan.
  • Tidak pelik jika disebut bahawa mesej Islam ialah membawa rahmat ke seluruh alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s