Hikmah Allah guna “Kami” ganti nama diri Yang Esa

Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Firman Alla SWT yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Surah Al-Hijr ayat 9)

            Allah SWT hendak menegaskan bahawa al-Quran itu adalah kepunyaan-Nya, dengan penuh kesungguhan menyatakan bahawa bukan sahaja Dia yang menurunkan, tetapi bertanggungjawab menjamin sepenuhnya kesucian dan kemurniannya terpelihara untuk selama-lamanya.

Dengan menyebut “Inna” (bahawasanya Kami) “Nahnu” (Kami) “Nazzal-na Zikra” (Kami yang menurunkan Az Zikra) “Wa Inna lahu Lahafizun” (dan Kamilah yang menjaganya).

Berulangkali menyebut “Kami” (ganti diri ramai). Padahal Allah Taala satu (Esa) sepatutnya menggunakan perkataan “Inni” bermaksud “Saya atau Aku” ganti nama kepada seorang diri.

Jawabnya ialah memang jadi perangai manusia jika sebut ‘saya’ dia merasa lekeh kerana seorang individu, tetapi apabila sebut ‘kami’ dia terkejut dan ambil perhatian kerana ‘ramai’.

Tujuan Tuhan berbuat demikian supaya manusia beri perhatian yang serius, kerana jika seorang saja yang datang mereka pandang sepi, tetapi apabila yang datang ramai mereka terkejut dan beri perhatian.

Tuhan sengaja sebut “Inna” (Kami) walaupun Dia hanya Sendiri, tetapi dengan memperkenalkan diri sebagai “Kami” ia boleh memberi kesan yang mendalam dan menimbulkan perasaan takut kepada Allah SWT.

Ini cara balaghah atau fasahah al-Quran (gaya bahasa) yang menyebabkan ia menarik perhatian dan menyerap ke dalam hati manusia sebagai hamba-Nya.

Allah SWT menurunkan kitab al-Quran dalam bentuk susunan bahasa yang indah dan menarik perhatian hati manusia, apabila al-Quran demikian keadaannya bereti ia suatu perintah supaya umat Muhammad berbuat demikian juga ketika menyampaikan isi al-Quran.

Jangan semata-mata mengajar sekadar melepaskan batuk ditangga, mengajar sekadar menerima gaji atau ganjaran. Ini bereti mengajar tidak mencontohi Nabi Muhammad SAW kerana Allah SWT menurunkan al-Quran dalam bentuk percakapan yang benar-benar untuk mendapat perhatian manusia.

Demikian huraian mengapa Tuhan menggunakan perkataan ramai untuk ganti Diri-Nya, untuk tarik perhatian manusia supaya merasa gerun apabila bunyi ramai “Kami” (Inna).

 

Mengapa Allah ulangi perkataan “Kami” beberapa kali dalam permulaan satu ayat?

            Ini kerana hendak mempasak masuk ke dalam otak manusia. Bahawa Pihak yang menurunkan al-Quran itu bukan sebarangan, hendak mengingatkan manusia supaya beri perhatian serius pada al-Quran.

            Dalam ayat tersebut Allah SWT tidak menyebut “Inna Nahnu Nazzalna al-Qurana” maksudnya Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran tetapi menyebut “Nazzalna Az-Zikra”, padahal asasnya hendak menyatakan bahawa al-Quran itu benar-benar turun daripada-Nya, bukan daripada Nabi Muhammad SAW. Contoh ; jika dikatakan ini “surat polis” nescaya ia tidak berkesan kepada si penerimanya, tetapi jika disebut “surat amaran polis” tentulah ia tersentak lebih daripada biasa.

            Menggerunkan pada pendengaran manusia, lantas segera ambil tindakan serius akan natijah surat amaran tersebut.

            Az-Zikra bererti peringatan yang menyamai “amaran”, Kami yang menurunkan peringatan dan juga amaran wahai manusia. Lazimnya manusia dalam keadaan lalai maka al-Quran yang juga Az-Zikra peringatan dan amaran itu amat diperlukan bagi mengatasi sifat kelalaian manusia itu.

            Seandainya manusia terus dalam keadaan lalai juga, maka itu salah diri sendiri, kerana ingatan atau amaran telah diberikan melalui Nabi SAW dengan al-Quran.banyak nama-nama al-Quran seperti al-Kitab, al-Furqan, an-Nur, az-Zikra, al-Mubin dan al-Quran sendiri sebagainya untuk tarik manusia yang pelbagai bentuk perangainya. Wallahualam

(sumber Harakah)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s